Saturday, February 26, 2011

Insurans kenderaan naik 2012

 Insurans kenderaan bermotor akan meningkat secara berperingkat, bermula tahun hadapan hingga 2015 dalam usaha mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, walaupun terdapat peningkatan selama lima tahun berturut-turut namun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah kerana kenaikannya adalah kecil.
"Penstrukturan ini juga akan melibatkan motosikal, kereta, bas dan teksi dan setiap kenaikan adalah berbeza mengikut risiko kemalangan kenderaan terbabit melalui kriteria rekod kemalangan serta keadaan kenderaan semasa tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kata Abu Hassan Alshari, anggaran awal kenaikan bagi insurans pihak ketiga motosikal 100cc ke bawah adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun manakala insurans pihak pertama antara RM1 hingga RM2 setahun.
"Bagi kereta persendirian 1,400cc ke bawah, insurans pihak ketiga hanya meningkat antara RM6 hingga RM34 manakala insurans pihak pertama antara RM7 hingga RM19.

Thursday, February 24, 2011

Berhati-hati jika anda membeli belah seorang diri

Berhati-hatilah kalau membeli-belah sendirian, bukan sahaja anda harus menjaga soal keselamatan tetapi juga soal keselamatan poket. Anda mungkin sewenang-wenangnya mengeluarkan duit membeli barangan kerana tiada nasihat dan panduan dari sesiapa.
Sekiranya anda memang jenis yang suka bersendirian tatkala membeli belah, eloklah jika anda praktikan perkara di bawah ini:-
  1. Rancang dan batasi perbelanjaan anda. Lebih elok jika anda sediakan senarai barang yang hendak di beli, dan pastikan juga anda sendiri harus lah patuh dengan senarai tersebut.
  2. Jika anda mempunyai kad kredit lebih baik elakkan, biasakanlah dengan mengunakan wang tunai untuk mengehadkan perbelanjaan anda.
  3. Jangan mudah percaya semua yang di dengar mahupun yang dapat dilihat. Sememangnya manusia mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang menarikkan perhatian.
  4. Membeli ketika anda memerlukannya, jangan pula beli tetapi anda sendiri tidak tahu keperluaannya.
  5. Anda boleh memastikan mutu dan kegunaan barangan yang di beli tidak terjejas atau hampir terjejas.
  6. Jadilah seorang pembeli yang bijak, bandingkan terlebih dahulu harga dan kualiti dengan kedai-kedai yang lain sebelum membuat pembelian.
  7. Anda perlu tahu hak anda sebagai pengguna.
  8. Pengunaan bakul yang kecil elakkan pengunaan troli. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kecenderungan dan keinginan anda untuk berbelanja lebih.
  9. Berbelanja apabila anda berada dalam keadaan kenyang. Amalan ini dapat mengelakkan anda daripada tergesa-gesa dan membuat pilihan dengan lebih tenang.
  10. Semak harga yang di kemuka kan dengan harga yang tercatat pada resit dan jumlah barang yang dibeli.
  11. Buat tuntutan jika terdapat perbezaan sama ada dari segi harga, kualiti, keselamatan dan kesahihan barang yang dibeli.
  12. Berjalan atau gunakan pengangkutan awam. Ia dapat mengehadkan hasrat dan kemampuan anda untuk membeli barangan yang tidak perlu.
Anda haruslah ingat ketika membeli, perlulah berdasarkan keperluan dan kemampuan. Bukan mengikut perasaan atau keinginan. Alah membeli menang memakai.

dari sumber:
www.koleksiartikel.com/

10 tips jimat duit dengan mudah :

1. Amalkan taktik minta diskaun atau runding harga (negotiate) apabila beli barang fizikal di mana-mana tempat yang sesuai. Tak salah mencuba, jika dapat diskaun dan harga lebih rendah dari yang asal maka ia merupakan satu bonus keuntungan pada kita.

2. Menggunakan online coupon dalam membeli secara online di Internet. Bagi mereka yang suka online shopping ni boleh guna pelbagai mcm jenis kupon di Retailmenot.Com , DailyDeals.Com , MyCoupons.Com dan sebagainya. Beli dengan harga rendah dan jimat duit untuk disimpan bagi kegunaan lain-lain aspek.

3. Beli barang sewaktu promosi awal atau bersifat seasonal. Ini penting sewaktu kita nak beli produk di musim promosi perayaan. Misalnya sewaktu Mega Sale Malaysia mempunyai banyak barang diberi potongan harga sehingga 70% di tempat terpilih seperti di Sogo, Jusco, Parkson, Carrefour dan sebagainya. Beruntung kerana ia takkan sama lagi dengan harga yang tinggi selepas itu…

4. Jimat bil elektrik dengan menggunakan monitor lcd crystal/plasma (nipis) berbanding monitor crt (shotgun) yang menggunakan banyak kuasa. Sila ‘unplug’ atau tanggalkan semua plug barangan elektrik (tv, pc, laptop, charger etc) apabila keluar rumah atau semasa barangan elektrik tidak digunakan dan ini boleh menjimatkan 2% atau sehingga RM100.00 setahun.

5. Jimat penggunaan petrol kereta anda dengan memastikan tayar kereta sentiasa mempunyai tekanan angin yang cukup setiap minggu dan ini mampu menjimatkan gas mileage sehingga 2% atau boleh juga kurangkan penggunaan aircond jika perlu.

6. Jimat duit dengan menggunakan barangan second hand atau lelong. Saya rasa ini cukup praktikal memandangkan sudah banyak web berkaitan lelong atau jual barangan second hand dengan harga yang amat murah. Boleh cuba di Mudah.My atau di Lelong.Com.My yang banyak menyediakan list senarai barangan . Walau bagaimanapun berhati-hati semasa membuat pembelian online pastikan reputasi penjual diketahui sebagai langkah berjaga-jaga.

7. Berhenti dari ‘menjahanamkan’ badan kita dengan makan di luar maupun di restoran fastfood McD, Kfc, Pizza Hut dan sebagainya.. Belajarlah masak sendiri dan makan di rumah dengan bahan makanan yang lebih organik dan asli. Ini satu pendekatan yang positif dalam kehidupan untuk jangka masa panjang.

8. Sentiasa monitor perbelanjaan bil utiliti seperti telefon, letrik, air, astro, internet dan lain-lain yang berkaitan. Elak pembaziran yang melulu, sentiasa hargai nikmat dengan sepenuhnya. Apabila kita tahu bil perbelanjaan bulanan kita sudah tentu akan menemui banyak ruang yang boleh dijimatkan.

9. Berhenti merokok, isap sishar, hidu gam atau berhibur tgk wayang atau lain-lain bentuk ‘keseronokan’ yang mana ia tidak mendatangkan faedah untuk jangka masa panjang.

10. Guna kad kredit dengan bijaksana dan kumpul point untuk redeem barangan yang berharga. Walaupun kad kredit tidak bagus kerana ia antara penyebab ‘overspending’ dalam pengurusan kewangan, namun kita perlu berdisiplin untuk memastikannya ia berjaya menjadi alat kewangan yang baik.
Pastikan bayar full dan JANGAN bayar minimum sahaja setiap bulan. Ini satu kesilapan besar bagi pengguna kad kredit. Saya sentiasa disiplinkan diri untuk bayar full sebelum penyata keluar dan kita tidak akan dikenakan apa-apa caj interest. Ini satu kelebihan kad kredit di samping dapat redeem point dengan barangan berharga yang ditawarkan oleh pihak pengeluar kad kredit..

Wednesday, February 23, 2011

URUS WANG MELALUI FORMULA ZAKAT


Sahabat yang saya muliakan.
Rukun Islam adalah tuntutan asas dalam menunaikan perintah Allah. Cuba kita fikir sejenak berkaiatan Rukun Islam yang lima itu. Ada dua tuntutan yang pasti ada kaitan langsung dengan kewangan kita. Pertama  Zakat dan keduanya mengerjakan Haji. Jika kita dapat mengamalkan rukun-rukun ini pastinya kita merasai hikmahnya di dalam mengurus wang seharian.
Zakat itu pemberian harta yang wajib dikeluarkan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Selain zakat  fitrah, kita juga wajib mengeluarkan zakat harta ini termasuk zakat pendapatan, simpanan, pelaburan, perniagaan, pertanian, ternakan dan sebagainya.
Jadi bagaimanakah Islam mengajar kita tentang kewangan melalui zakat. Begini, Islam hanya mewajibkan zakat kepada hambanya jika hartanya telah mencapai nilai yang tertentu.  Contohnya, zakat simpanan, kadar nilai minima dikenakan zakat ialah nilai wang ringgit simpanan  cukup bersamaan dengan  nilai 85 gram emas pada harga pasaran semasa. Katakan harga 1 gram emas pada hari in ialah RM 131. Maka 85 gram emas ialah RM 11,135. Jadi zakat yang dikenakan hanyalah 2.5% daripada RM 11,135 iaitu RM 278.40 sahaja. Zakat ini dikeluarkan setiap setahun sekali.
Apakah pengajarannya di sini? Pertama, zakat mengajar  pengurusan kewangan kepada setiap umat Islam mesti memiliki harta paling asas pada setiap masa, nilainya mesti tidak kurang  85 gram emas (contoh di atas ialah tidak kurang daripada RM 11, 135) kerana zakat wajib dikeluarkan setahun sekali.
Kedua, sekiranya telah berzakat wang simpanan ini akan berkurang. Sedangkan pada tahun hadapan kita harus bezakat lagi. Jadi secara logiknya wang yang tinggal itu mesti digerakkan dan digandakan samada digunakan untuk perniagaan, pelaburan dan sebagainya untuk kepentingan ummah.
Ketiga, fitrah alami  telah membuktikan bahawa  semakin banyak kita memberi kerana Allah semakin banyak pula kita akan dapat. Contoh mudah adalah ilmu yang disampaikan. Semakin banyak kita menyampaikan semakin banyak kefahaman yang Allah beri pada kita. Dalam Islam selalu disebut barokah iaitu keberkatan. Inilah satu keajaiban rezeki Allah walau dalam dunia kira-kira, wang yang dizakatkan dirasakan suatu kerugian.

dipetik dari http://www.ideafaizul.com/