Wednesday, February 23, 2011

URUS WANG MELALUI FORMULA ZAKAT


Sahabat yang saya muliakan.
Rukun Islam adalah tuntutan asas dalam menunaikan perintah Allah. Cuba kita fikir sejenak berkaiatan Rukun Islam yang lima itu. Ada dua tuntutan yang pasti ada kaitan langsung dengan kewangan kita. Pertama  Zakat dan keduanya mengerjakan Haji. Jika kita dapat mengamalkan rukun-rukun ini pastinya kita merasai hikmahnya di dalam mengurus wang seharian.
Zakat itu pemberian harta yang wajib dikeluarkan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Selain zakat  fitrah, kita juga wajib mengeluarkan zakat harta ini termasuk zakat pendapatan, simpanan, pelaburan, perniagaan, pertanian, ternakan dan sebagainya.
Jadi bagaimanakah Islam mengajar kita tentang kewangan melalui zakat. Begini, Islam hanya mewajibkan zakat kepada hambanya jika hartanya telah mencapai nilai yang tertentu.  Contohnya, zakat simpanan, kadar nilai minima dikenakan zakat ialah nilai wang ringgit simpanan  cukup bersamaan dengan  nilai 85 gram emas pada harga pasaran semasa. Katakan harga 1 gram emas pada hari in ialah RM 131. Maka 85 gram emas ialah RM 11,135. Jadi zakat yang dikenakan hanyalah 2.5% daripada RM 11,135 iaitu RM 278.40 sahaja. Zakat ini dikeluarkan setiap setahun sekali.
Apakah pengajarannya di sini? Pertama, zakat mengajar  pengurusan kewangan kepada setiap umat Islam mesti memiliki harta paling asas pada setiap masa, nilainya mesti tidak kurang  85 gram emas (contoh di atas ialah tidak kurang daripada RM 11, 135) kerana zakat wajib dikeluarkan setahun sekali.
Kedua, sekiranya telah berzakat wang simpanan ini akan berkurang. Sedangkan pada tahun hadapan kita harus bezakat lagi. Jadi secara logiknya wang yang tinggal itu mesti digerakkan dan digandakan samada digunakan untuk perniagaan, pelaburan dan sebagainya untuk kepentingan ummah.
Ketiga, fitrah alami  telah membuktikan bahawa  semakin banyak kita memberi kerana Allah semakin banyak pula kita akan dapat. Contoh mudah adalah ilmu yang disampaikan. Semakin banyak kita menyampaikan semakin banyak kefahaman yang Allah beri pada kita. Dalam Islam selalu disebut barokah iaitu keberkatan. Inilah satu keajaiban rezeki Allah walau dalam dunia kira-kira, wang yang dizakatkan dirasakan suatu kerugian.

dipetik dari http://www.ideafaizul.com/

No comments:

Post a Comment