Wednesday, February 16, 2011

Perbelanjaan Sebuah Perkkahwinan

Kali ini saya nak bercerita sedikit berkaitan dengan perbelanjaan nikah kahwin yang sedang galak berlangsung selaras dengan  musim cuti sekolah.


Saya baru balik daripada menghantar pengantin ke Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini bagi pihak pengantin lelaki dengan menaiki bas yang disewa khas (nasib baik bayaran sewa bas drpd saudara sendiri hanya untuk saguhati pemandu dan minyak shj - Terima kasih kepada saudaraku itu). Apa yang hendak saya bincangkan kali ini adalah persiapan dan perbelanjaan yang perlu disediakan untuk majlis pekahwinan.

Berapakah jumlah wang yang perlu ada sekiranya ingin berkahwin? (kepada bakal pengantin yang merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat terutama dengan kegawatan ekonomi sekarang.)


Apa kata kita senaraikan perbelanjaan yang perlu disediakan :-


1.   Mas kahwin/Wang hantaran ( bagi orang Kelantan...nilai mas kahwin selalunya sama dgn nilai wang/duit hantaran) - Minimum RM 5,000. Tapi nilai sekarang rasanya tak kurang dari RM8,000.


2.  Barangan hantaran seperti kek, buah2an, sepasang baju, kasut, sejadah, gula2 dan macam2 lagi - Minima RM 1,000


3.  Makanan/Hidangan - tertakluk kepada menu, kalau buffet rasanya paling murah RM 10 sekepala. Kalau 1,000 orang jemputan, RM 10,000....minimum....


4.  Sewa khemah/kerusi/meja/peralatan memasak(kalau gotong royong masak sendiri) - dari RM 1,200.


5.  Hadiah kepada tetamu/orang marhaban/maulud spt bunga telur, kek, gula2 - dari RM 1,000


6.  Perbelanjaan menghantar pengantin (kalau sekampung...hampir tiada)...kalau jauh perlu sewa bas ke, sewa hotel, duit minyak, makan dll pengantin nak kena siapkan....dari RM 2,000


7.  Kompang/pelamin/mak andam/sewa baju - dari RM 1,500


8.  Kad jemputan kahwin - RM 500

9.  Pakej gambar/video - dari RM1,500



Rasanya item 1 - 9 adalah perkara2 yang perlu ada untuk persiapan sebuah perkahwinan dan sekiranya diambil kira jumlah yang minimum, seseorang pengantin lelaki memerlukan sekurang2nya RM25,000 utk berkahwin. Tetapi ada juga perbelanjaan2 selain daripada wang hantaran/mas kahwin pihak ibubapa turut membantu sebab nanti ibubapa pengantin akan salam berisi dengan tetamu yang hadir. Walau bagaimana pun, itulah perbelanjaan minimum yang sempat saya fikirkan tetapi rasanya perbelanjaan RM25k adalah nilai yang terendah dgn majlis yang sederhana.


Bagi pihak perempuan, dengan sambutan yang sederhana, RM15,000 adalah memadai tetapi dari pengalaman baru2 ini di pihak pengantin perempuan menggunakan RM25,000 ( ni kat kampong) yang masih mengamalkan konsep gotong royong utk memasak.


Apakah cara yang terbaik untuk mengurangkan jumlah tersebut? Buat secara sederhana? Bagaimana pula pengantin lelaki menyediakan perbelanjaan tersebut? Ini tidak termasuk pakej berbulan madu.......

No comments:

Post a Comment