Wednesday, February 16, 2011

Insuran Pinjaman Perumahan

MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) biasanya di gunakan oleh pihak bank sebagai syarat mendapatkan pinjaman mereka. Kebelakangan ini pihak bank memberikan kelonggaran kepada peminjam untuk memilih pakej insuran pinjaman perumahan mengikut citarasa masing-masing. Mana satu pilihan yang terbaik untuk anda?

MRTA adalah insuran bertempoh (term insurance) yang mana nilainya semakin berkurangan berbanding masa. Ianya murah tetapi unsur simpanannya sangat sedikit atau pun hampir tiada kerana premium insuran di gunakan sepenuhnya bagi membayar kos perlindungan insuran, bukannya bagi simpanan kita. Jumlah perlindungan menyusut daripada tahun ke tahun sehinggalah tempoh perlindungan tamat. Kontrak ini hanya boleh di gunakan untuk satu rumah sahaja. Sekiranya selepas beberapa tahun, rumah ini di jual dan di beli rumah baru, insuran baru terpaksa di buat. Premium insuran ini perlu di bayar sekali gus untuk tempoh perlindungan, katakanlah premium yang perlu di bayar untuk tempoh perlindungan selama 30 tahun.

Satu cara lagi ialah mengambil insuran bertempoh tiga dalam satu iaitu anda di berikan pampasan ketika berlaku salah satu kecelakaan, samada hilang upaya kekal, mengidap penyakit kritikal ataupun meninggal dunia. Bayaran premium boleh di bayar secara tahunan, dua kali setahun, empat kali setahun ataupun setiap bulan bergantung kepada kemampuan seseorang. Nilai pampasan tetap sama dan tidak berkurang daripada setahun ke setahun walaupun baki pinjaman anda akan berkurangan. Contohnya, sekiranya nilai pampasan ialah RM200,000, nilainya akan tetap sama sehingga tamat tempoh perlindungan. Andainya peminjam meninggal dunia, waris boleh menggunakan wang pampasan tersebut untuk menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan lebihannya boleh digunakan untuk tujuan sendiri ataupun waris meneruskan bayaran ansuran pinjaman dan menggunakan wang pampasan tersebut untuk membayar hutang peminjam atau menyelesaikan bayaran cukai pendapatan peminjam. Kontrak insuran ini juga mempunyai sedikit nilai tunai jika ianya di tamatkan sebelum tamat tempoh, peminjam akan di berikan sedikit nilai tunai.

Untuk mengetahui pelan perlindungan pinjaman perumahan yang ada di pasaran, saya syorkan anda mendapatkanya daripada ejen insuran yang boleh menerangkannya secara terperinci lagi........

No comments:

Post a Comment