Tuesday, February 22, 2011

Tip Mudah dalam Kewangan

A) INFLASI
Nampaknya inflasi akan tetap berada di samping kita hingga ke akhir hayat. Oleh itu rancanglah agar pendapatan anda naik pada kadar yang sekurang-kurangnya sama dgn inflasi (iaitu 4 peratus). Kalau kita menyimpan atau melabur untuk masa depan pula, kesan inflasi boleh menyebabkan ”simpanan” kita mengecut dengan hebat sekali. Oleh itu di samping skema simpanan yg biasa kita perlu juga ”melaburkan” wang lebihan pada kadar pulangan yang lebih tinggi dari inflasi. Utk tujuan sedemikian biasanya satu jumlah wang (lump sum) diperlukan sebagai benih akaun pelaburan anda. Atas sebab ini cubalah menyimpan secara sistematik seawal yg boleh agar wang anda boleh berkembang cepat dari kadar inflasi.

B) CUKAI
-Inflasi boleh dianggap sebagai satu cukai sejagat yg amat kejam. Lagi satu cukai yg lebih di bawah kawalan kita ialah cukai pendapatan. Pada tahap yg tertentu dalam kitaran hidup kita, pembayaran cukai tidak dapat dielakkan tetapi mujurlah ianya dapat ditangguhkan (tax deferred) atau dikurangkan.


C) PELABURAN YANG TIDAK SESUAI
-Satu prinsip yg sering dilupai oleh pelabur ialah kalau kadar pulangan meningkat maka begitu juga dgn risiko kegagalan. Bagi mereka yg berada (kaya) hal ini tidak begitu serius kerana mereka boleh menahan risiko kehilangan prinsipal/modal pelaburan di samping mampu menunggu masa yg sesuai utk pelaburan buruk tadi bertukar menjadi baik.
Ini tidak sesuai bagi mereka yg berpendapatan sederhana atau banyak tanggugan. Ada 2 sebab. Pertamanya ialah aset-aset yg ada kini biasanya dikumpul melalu usaha yg gigih dan tidak boleh dihilangkan begitu sahaja. Keduanya ialah kalau berlaku kerugian-usaha mengatasinya akan berganda pula- contohnya satu pelaburan bernilai rm1000 jatuh ke nilai rm500 (kerugian 50 peratus). Untuk balik ke tahap asal (untung tiada rugi pun tiada tapi buang masa sahaja) pelaburan ini mesti naik balik sebanyak 100 peratus (2 kali kerugian). Kesimpulannya ialah guna strategi yg lebih praktikal- melabur untuk keselamatan (security) dulu dan kadar pulangan (returns) kemudian.

D) HILANG UPAYA
-Di sini kebocoran yg dimaksudkan ialah jawapan kpd soalan ” Kalau anda hilang upaya semalam dan tidak dapat bekerja lagi, berapa lama boleh simpanan dan wang jualan harta dapat bertahan?” Selagi aset kita belum lagi menjadi matang- Kita patut menyediakan dana insuran utk melindungi pendapatan akan datang kita (future income).

E) TABIAT MENYIMPAN UNTUK BELANJA
-Simpanan utk belanja (comsumptive savings) contohnya menyimpan untuk membeli peralatan HI-FI tercanggih, tidak boleh menghasilkan satu aset yg bakal meningkat nilainya, Keadaan psikologi kita menyebabkan kita cenderung untuk berbelanja gaji kita utk membayar bil- kemudian sebarang baki (kalau ada) baru ditabungkan. Tabiat ini mesti diubah serta merta kepada simpan dulu kemudian bayar yg lain (save first then spend the balance). Memang mungkin tak masuk akal tetapi kalau SAYA CABAR ANDA UNTUK MENCUBA SELAMA 6 BULAN DAN LIHAT KESAN PADA TABUNG SIMPANAN ANDA YANG DAHULUNYA SELALU KONTANG.

No comments:

Post a Comment