Monday, February 14, 2011

INSURAN PELAN PEUBATAN

Dalam entri yang lalu, saya ada menyatakan bahawa terdapat pelbagai jenis pelan perubatan yang disediakan oleh syarikat Takaful dan insurans. Kos perubatan yang tinggi merupakan faktor utama disamping risiko penyakit kritikal yang semakin meningkat. Kali ini, saya akan berkongsi dengan pembaca beberapa pelan perubatan yang disediakan dan bagaimana memilih pelan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan. Ingat ya, KEPERLUAN dan KEMAMPUAN, menjadi keutamaan.

Ada dua jenis kategori kemudahan perubatan iaitu kemudahan perubatan 'stand-alone' dan kemudahan perubatan tambahan (rider) kepada pelan asas (basic plan)kad. Kategori 'stand-alone' ialah dimana kemudahan perubatan tertakluk kepada manfaat Hospital dan Surgeri dan Rawatan Pesakit Luar tanpa perlindungan Takaful Keluarga atau Hayat. Manakala kategori rider merupakan manfaat Hospital dan Surgeri dan Rawatan Pesakit Luar yang dimasukkan kepada pelan asas Takaful atau Hayat.

Entri kali ini saya akan membincangkan ciri-ciri produk untuk pelan perubatan 'stand-alone'. Antara pelan perubatan yang ada di Malaysia ialah:
1) MAA Takaful Smart Medic
2) Allianz EB Medishield Plus
3) ING Mediplus
4) Great Eastern Medicare
5) AIA Excelcare Plus

Semua jenis diatas merupakan produk Takaful Keluarga dan Insurans Hayat. Terdapat juga produk yang dikeluarkan dibawah Takaful dan Insurans Am seperti Takaful Malaysia mySihat, Takaful Ikhlas Medic Assist dan lain-lain. Perbezaan antara keduanya ialah pelan perubatan (Am) dikeluarkan secara tahunan dan perlu diperbaharui setiap tahun. Polisi / Sijil akan dikeluarkan setiap tahun. Manakala polisi oleh Takaful Keluarga dna Insurans Hayat hanya dikeluarkan sekali sahaja dan akan luput sehingga tempoh perlindungan tamat.

Ciri-ciri produk yang perlu diteliti pelanggan ialah:
1) Kadar 'Room & Board' iaitu had kadar bilik wad untuk sehari/semalam contohnya R&B 100, R&B 200, R&B 300, R&B 450
2) Jenis manfaat perubatan yang diberikan iaitu kos hospital dan surgeri yang ditanggung
3) Kos pra-hospitalisasi dan post-hospitalisasi
4) Rawatan pesakit luar untuk Kecemasan dan Kemalangan
5) Rawatan pesakit luar untuk sakit buah pinggang dan kanser
6) Jumlah had perbelanjaan tahunan
7) Jumlah had perbelanjaan seumur hidup
8) Tempoh perlindungan sehingga umur 70, 80 atau 100

Setelah meneliti ciri-ciri diatas, pelanggan boleh memilih pelan yang sewajarnya dan bersesuaian dengan keperluan. Satu tips yang saya ingin kongsikan ialah berdasarkan kemampuan, rancanglah supaya anda mempunyai sekurang-kurangnya RM100,000 nilai had perlindungan tahunan di samping kemudahan yang telah diberikan oleh majikan. Ini sebagai persediaan sekiranya anda meninggalkan syarikat samada berpindah ke tempat baru ataupun memulakan perniagaan sendiri.

Selamat merancang!

No comments:

Post a Comment