Tuesday, February 15, 2011

Teknik Berbelanja

Dalam menguruskan kewangan, kita haruslah bijak berbelanja. Jadi, kali ini saya kongsikan teknik-teknik mudah untuk berbelanja:
  • Tentukan tujuan anda untuk 'shopping outing' contohnya membeli barangan isi rumah, pakaian ataupun buku. Sekiranya banyak senarai yang pelbagai, pilih lokasi yang anda boleh dapat 80%-90% daripada barang yang anda perlukan. JIMAT: Kos perjalanan dan tempat letak kereta. (Kos tempat letak kereta di Lembah Klang boleh mencapai RM5.00 sejam).
    • Sekiranya anda kerap ke sesebuah pusat beli-belah, tidak salah untuk mendaftar sebagai ahli seperti S-SOGO, JCard, TESCO dan sebagainya. Anda berpeluang mendapat kelebihan tertentu seperti caj tempat letak kereta percuma atau baucer. JIMAT: Boleh jimat sehingga RM8.00 untuk tempoh letak kereta selama 3 jam di Kuala Lumpur!
      • Pilih waktu yang sesuai untuk membeli belah, saya lebih suka pergi berbelanja pada waktu pagi. Pada waktu sebegini, pengunjung tidak terlalu ramai dan kita boleh membuat pilihan serta mendapat layanan yang baik daripada jurujual. Tidak perlu menungggu terlalu lama kerana beratur panjang untuk membuat bayaran. JIMAT: Masa, masa itu emas!
        • Gunakan kad kredit anda (tapi ingat ye, ini untuk kemudahan sahaja), tidak perlu untuk beratur mengeluarkan wang tunai pula serta ia lebih selamat. JIMAT: Masa
          • Berbelanja ketika ada promosi jualan. Tapi, sebagai pengguna kita harus peka bahawa tidak semua barang mempunyai harga promosi yang berbaloi. Jadi, buatlah pilihan yang tepat. JIMAT: Sehingga 80% harga asal sesuatu produk.
            • Walaupun harga promosi, kita haruslah mementingkan kualiti juga. Pakej 'bundle' beli 2 percuma 1 mungkin tidak sesuai jika anda hanya memerlukan 1 unit barangan berkenaan sahaja. JIMAT: 50% kos 'bundle'.
              • Lagi satu teknik yang paling saya gemar ialah berbelanja selepas musim perayaan. Anda akan dapati anda hanya perlu membayar separuh daripada harga barangan yang sama dijual semasa musim perayaan.

                No comments:

                Post a Comment